Kenapa bisnes Memerlukan website?

Website merupakan salah satu tools yang boleh digunakan di dalam memperkenalkan business kita secara digital. Dengan memiliki website lebih mudah bagi kita mendapatkan data target market yang lebih dan tertumpu di dalam menjadi client kita dengan memahami servis atau produk yang di pamerkan di website.

Ketahui data pembeli menggunakan website

Apabila menggunakan website, sebagai business owner kita boleh mengetahui data pembeli yang ada didalam website. Dari mana kebanyakan visitor yang hadir ke dalam website dan berapa banyak yang membeli. Berikut merupakan contoh-contoh data website yang kita dapat lihat didalam website.

Contoh data pembeli di website menggunakan google analytics
Contoh data di antara produk dan pakej yang kita miliki mendapat sambutan ramai

Website akan beroperasi 24 / 7

Di antara salah satu kelebihan website ialah ia akan beroperasi 24 jam. Kita tidak akan tahu bila waktu yang tepat prospek sedang mencari produk ataupun servis kita. Salah satu cara yang boleh digunakan ialah dengan memiliki website. Sekiranya orang sedang mencari servis ataupun produk kita boleh jadi ketika itu kita sedang nyenyak tidur ataupun sedang sibuk menguruskan pekerjaan harian. Denga adanya website sedikit sebanyak membantu kita di dalam memberi penerangan mengenai produk atau servis kita kepada prospek.

Menggunakan carian enjin seperti Google

Carian enjin di Google merupakan salah satu tools yang boleh di gunakan di dalam mendapatkan audience yang berkualiti pada website yang kita miliki. Seperti contoh kita mempunyai business pakaian seperti kurta. Customer kita semestinya ingin berjumpa untuk melihat kualiti kain dan mencuba saiz yang sesuai bagi mereka. Sekiranya business anda terletak di Bangi, Selangor. Anda boleh setting keyword website anda seperti berikut Kurta Design Bangi.

Attached link website anda di Google Map, social media dan marketing material

Apabila orang cuba mencari business kita di social media ataupun google maps antara salah satu cara didalam mempromosikan business kita adalah dengan attach link website.

Dengan cara ini tanpa berjumpa dengan kita serba sedikit prospek sudah memahami servis atau produk yang kita tawarkan.

Salah satu contoh attached website link di Google Maps

TAHNIAH ANDA BERJAYA DAPATKAN SESI KONSULTASI PERCUMA. KAMI AKAN MENHUBUNGI ANDA SEBENTAR SAHAJA LAGI

Anda mempunyai sebarang soalan?

Sekiranya ada apa-apa soalan, boleh ajukan terus menerusi butang Whatsapp tertera